11 September 2019 - 15:29
Anggota Polis Melayan Kami Seperti Penjenayah: Warga Syiah Johor

Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersama anggota PDRM yang tidak berseragam telah membuat serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Jalan Bukit Kempas 2 yang dipenuhi oleh hadirin yang menyertai majlis peringatan Imam Hussein a.s.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersama anggota PDRM yang tidak berseragam telah membuat serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Jalan Bukit Kempas 2 yang dipenuhi oleh hadirin yang menyertai majlis peringatan Imam Hussein a.s.

Menurut sumber, serbuan itu dibuat tanpa sebarang waran daripada mahkamah serta melanggar hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan.

Selain daripada itu, media tempatan yang menukilkan keterangan saksi turut melaporkan bahawa sebahagian anggota polis yang menayang senjata kepada peserta wanita telah bersikap biadap dengan melayan mereka seperti "penjenayah".

Sumber juga menyatakan bahawa anggota polis telah menggunakan kekerasan dengan memukul, menggari dan mengacukan pistol kepada sebahagian peserta.

Malaysia menyaksikan tekanan hebat ke atas pengikut mazhab Syiah yang mana perkara itu akan kelihatan jelas setiap kali datangnya bulan Muharram. Tekanan ke atas puak minoriti itu kerap dilihat dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di Negeri Johor dan Selangor yang menunjukkan sikap tidak bertoleransi mereka kepada penganut mazhab Syiah.

Perkara itu berlaku di sebalik usaha kerajaan persekutuan yang cuba mengenengahkan sikap bertoleransi melalui solgan "rahmatan lil 'alamin" dalam berhadapan dengan penganut agama dan mazhab minoriti.

Terkini, khutbah Jumaat Negeri Selangor juga menunjukkan sikap tidak bertoleransi mereka terhadap seluruh masyarakat Syiah di seluruh dunia dengan menggambarkan sebahagian amalan mereka sebagai perkara yang "melucukan" dan "meloyakan".

Syiah adalah sebuah mazhab dalam Islam yang dianuti oleh dua ratus juta umat Islam di seluruh dunia. Mereka memiliki tradisi kelimuan yang kini dipimpin oleh para cendekiawan Najaf serta Qom.

Di sebalik pengiktirafan majoriti ulama dunia terhadap ajaran tersebut sebagai sebahagian daripada ajaran Islam, sikap keras pemerintah tempatan Malaysia terhadap warga tempatan dan asing yang mengamalkan ajaran tersebut di negara Asia Tenggara itu menggambarkan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. -ABNA24